Pages

Saturday, January 12, 2013


Annie With Amumu

Seperti selalunya Teemo selalu menyorok di dalam semak. Teemo tggu Lulu kat sebuah pokok dimana mereka berdua bermain. Tiba’2 satu ary seorang budak kecil bersama bear kecil di tangan nya datang menangis di pohon tersebut. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk erat bear di tangannya. Teemo ingin bertanyakan sebab kenapa dia menangis. Tetapi, Teemo terus menyorok di semak kerana ditakuti dia akan mengejutkan perempuan kecil itu. Jadi Teemo terus menyorok di dalam semak sehingga Lulu datang. Gadis kecil itu bernama Annie seperti yg ditunjukkan pada beg yg disandangnya. Tiba’2 Annie berkata sesuatu.

“Kenapa!! Kenapa saya x dapat lupakan dia!! Saya ingin bersama dia. Kenapa saya x dpt bersama dengan dia. Saya ingin bersama dengan dia. Kenapa dia pergi tinggalkan saya. Kenapa!!!! Saya akan buat dia gembira seandainya dia jujur dengan saya. Kenapa dia x mahu berkongsi masalah dengan saya. Walaupun dia xnk buat saya risau, jgn la buat saya berasa kehilangannya. Dia x tahu yg saya betul’2 sygkan dia. Kenapa mesti dia pergi!!! Kenapa dia x mahu saya pergi bersamanya..!!”

Bunyi desiran semak kedengaran seketika. Annie pergi melarikan diri dari pohon itu. Tanpa di sedari, dia telah jatuhkan bear kecilnya di pohon itu. Teemo mengambil bear itu dan menyimpannya di dalam beg bersama mushroom. Kemudian, teemo menyorok semula di dalam semak kerana ingin mengejutkan Lulu. Lulu datang dari desiran semak itu. Teemo dan Lulu bermain bersama seperti biasa. Sewaktu mereka bermain, Lulu terlihat bear yg disimpan oleh Teemo. Lulu berasa terkejut dan ingin berlari dari pohon itu. Mata Lulu terbeliak apabila melihat bear itu. Lulu mencadangkan kepada Teemo untuk bermain Sorok-sorok. Teemo mengikut kehendak Lulu. Sedang Teemo mengira hingga sepuluh, Lulu telah berlari meninggalkan Teemo keseorangan. Setelah habis kiraan, Teemo mencari Lulu di tempat yg selalu Lulu menyorok. Tapi x dapat di jumpai. Setelah penat teemo mencari, teemo menyerah kalah dan menyuruh Lulu keluar. Lulu tidak kelihatan. Teemo berasa risau dan takut kerana ditakuti Lulu dalam bahaya. Setelah puas mencari, Teemo pulang sambil menangis. Dia gagal menjumpai Lulu. Dia takut dia xkan jumpa Lulu lagi.

Keesokan harinya, sewaktu Teemo bersiap untuk keluar mencari Lulu, Teemo ternampak bear yg ditinggalkan oleh Annie. Pada perut bear tersebut, terdapat satu alamat rumah. Teemo pergi ke alamat tersebut dan mendapati Annie tinggal disitu. Teemo berjumpa dengan Annie dan memulangkannya. Teemo bertanya kepada Annie sebab dia menangis di pohon semalam. Pada awalnya Annie enggan dan memarahi Teemo tentang pertanyaannya kerana Annie menganggap ianya hanya mengganggunya sahaja. Tetapi Teemo tetap memaksa Annie untuk menceritakan hal yg sebenarnya.

“sebenarnya, saya amat cintakan Amumu. Saya terlalu sygkan dia. Dia selalu wat saya gembira. Saya seronok dapat bersama dengan dia. Tapi, dia tinggalkan saya. Dia meninggal dunia kerana otaknya x dapat berfungsi dengan baik. Dia telahpun pergi untuk selama-lamanya. Bear ni la hadiah darinya. Saya xkan lupakan dia. Seandainya saya dapat bersama dengan dia lagi, saya akan buat dia bahagia sepanjang umur dia. Dia lah cinta pertama dan terakhir saya.”

Setelah apa yg dikatakan, Teemo berasa sedih dan simpati atas apa yg terjadi. Dia pergi dari rumah Annie dan terus mencari Lulu dan berharap agar Lulu dalam keadaan baik. Sewaktu Teemo ingin pergi dari rumah Annie, dia terbau sesuatu. Teemo seperti teringat sesuatu tentang bau itu. Dia dapat rasakan bahawa dia pernah menghidu bau tersebut. Ya x syak lagi memang bau Lulu. Apabila Teemo pergi ke sebatang sungai di pinggir kampong nya, dia terdengar perbualan orang di sebalik semak tersebut. Suara yg selalu Teemo dengar. Suara Lulu. Teemo lihat Lulu sedang berbual bersama Pixienya. Teemo mendengar perbualan Lulu dan Pixie.

“Kenapa Bear tu ada pada Teemo?? Bukan kita dahh…………

To be Continued……
Chapter 1: The Fairy Tale About Teemo And Annie
Chapter 2: Annie With Amumu
Chapter 3: The Truth About Lulu
Chapter 4: The Happiness Of Teemo

2 comments:

Farah Farhana said...

Last2 nanti mesti teemo ngn lulu. Hurmm.. xpelaaa.

Amirul Aizat said...

Ish'2!! cuba kau tgok tajuk citer ni dulu... xkan ending dia x sama ngan tajuk... hahahaha~ XD