Aku akui dulu aku
amat menzalimi diri aku sendiri.
Aku tahu memang aku da lama tak menyahut
panggilan Allah. Memang aku alpa dengan indahnya dunia ini. Aku lupa sekejap
bahawa dunia ni tempat tumpangan sementara. Akhirat lah yg merupakan tempat yg
kekal selamanya. Kini aku mengerti bahawa bukan org lain yang dapat membantu
aku untuk insaf. Diri kita sendiri yang perlu untuk berusaha menginsafkan diri
ini. Dulu aku memang banyak kali tinggal solat. Tapi puasa aku dapat buat
penuh. Mungkin aku ini mudah terpengaruh dengan orang sekeliling. Dulu aku
memang menzalimi diri sendiri. Hidup aku dulu memang x seperti sekarang. Dulu selalu
aku memikirkan bahawa apa yang harus aku lakukan pada setiap masa. Hidup aku
dulu ibarat kosong. Tiada apa yang di isi oleh diriku. Aku mulai sedar di satu ketika
bahawa aku ni merupakan hamba Allah. Allah adalah penciptaku. Sejak dari itu
aku mula sedar bahawa sebagai insan yang bergelar hamba kepada Allah, aku harus
menurut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya. Dulu kerap aku menipu.
Aku tipu diri sendiri, aku tipu kedua ibu bapaku, keluargaku malah rakan-rakan
ku sendiri. Entah kenapa aku harus menipu di saat itu, aku sendiri pun tidak
tahu akan apa yang aku lakukan disaat itu. Aku rasa di saat tu sekiranya aku berterus
terang mungkin tiada apa yang akan berlaku saat itu. Kini aku bersyukur kepada
Allah kerana telah memberikan aku hidayah dan nur didalam hati aku kini. Setelah
aku dengar pelbagai ceramah yang disampaikan oleh pelbagai ustaz dan ustazah
kat internet, aku mulai sedar bahawa zaman kini adalah akhir zaman bagi umat
islam. Seandainya aku x mengubah diri aku, siapa lagi?? Memang aku berniat
dengan melaksanakan matlamat aku tu. Seandainya matlamat itu x diizinkan oleh
Allah, maka aku redha dengan ketentuan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang. Yang menetukan hanya lah Allah. Cita’2 aku nak jadi imam masjid. Tapi
kalau x dapat jadi imam, jadi bilal pun okey jugak. Alhandulillah kerana Allah
telah dipertemukan aku dengan hidayahnya. Alhamdulillah kerana dijarakkan
kedudukan aku dengan matlamat aku. Alhamdulillah kerana aku dipertemukan dengan
matlamat aku. Alhamdulillah kerana Allah memberi aku peluang untuk aku bersujud
kepadaNya. Dengan ini aku harap aku dapat mentaati segala perintah Allah dan
meninggalkan larangannya.
Sekian,
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahtullahiwabarakatuh.
-coretan diriku-